Ini adalah sentuhan kak yani.. comel ... ringkas.. simple..
Dunia Kecilku
Wednesday, 11 November 2015
Tentatif Program: Bengkel MS ISO (Pengurusan Risiko)
Kekadang bila idea datang mencurah-curah.. jangan biarkan ianya pergi begitu sahaja. Sekejap jer mesti di noktahkan. Teringat tentatif ini yang di buat bila idea datang mencurah..
Tuesday, 10 November 2015
Kisah Cinta: Pertemuan Pertama
Masih segar dalam ingatan.. perkenalan pada penghujung tahun 2008 membibitkan perasaan cinta menjelang tahun 2009. Semuanya bermula apabila aku menerima panggilan telefon seawal jam 0000 pada 1 januari 2009. Katanya hanya sekadar untuk mengucapkan tahun baru...
Dalam masa yang sama.. turut meluahkan rasa dan perasaan untuk berkenalan dan mengenali dengan lebih mendalam.
Tanpa mengatakan tidak, aku meluahkan persetujuan untuk mengenal dengan lebih mendalam. Disinilah aku mengenalinya... ditempat kerja.. takkan aaku lupakan tempat ini kerana disinilah cinta aku berputik.. mekar dan menjadi suntingan dia hingga ke hari ini..
Bila kenang kembali, nak gelak pon ada.. mana tak nyer.. memang tak fikir panjang. Kalau difikir mcm tak logik aja.
Maklumlah.. dari segi fizikalnya.. dia memang tak hensem.. tak perkasa atau abang sado... apatah lagi dia seorang yang biasa-biasa sajer. itulah jodoh dariNya... sebelum ni aku agak cerewet dalam memilih pasangan...
Tapi kali ini, aku main terima jer.. berfikir dalam masa 30 minit dan bersetuju untuk mengenalinya... lebih dari seorang kawan..
Macam tak betul pon ada kan.. tapi itulah kenyataan...
Setiap tahun baru, aku raikan cinta pelikku... he..he....he...
Sunday, 8 November 2015
Dunia Kecilku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Sekian lama meninggalkan dunia blogging, akhirnya kali ini aku kembali menyinari dunia blog dengan coretan di helaian baru... www.kecilduniaku.blogspot.com . Blog ini hanyalah sekadar luahan hati dan untuk perhatian anak kecilku yang akan membesar kelak nanti. Jua buat tatapan suamiku, semoga blog ini akan menjadi penemanmu saat aku tiada nanti..
Sekian lama meninggalkan dunia blogging, akhirnya kali ini aku kembali menyinari dunia blog dengan coretan di helaian baru... www.kecilduniaku.blogspot.com . Blog ini hanyalah sekadar luahan hati dan untuk perhatian anak kecilku yang akan membesar kelak nanti. Jua buat tatapan suamiku, semoga blog ini akan menjadi penemanmu saat aku tiada nanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)